HISHAMMUDDUN Hussein. FOTO arkib NSTP
HISHAMMUDDUN Hussein. FOTO arkib NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


AHLI Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak berminat bertanding di Parlimen Langkawi seperti dicabar Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, dia tidak pernah menyatakan hasrat untuk bertanding di parlimen berkenaan malah Tun Mahathir yang berhasrat untuk bertanding di Parlimen Pekan.

"Saya tengok macam budak-budak. Dia (Tun Mahathir) yang ingin bertanding di pekan, jika nak bertanding, bertandinglah tetapi saya tidak pernah menyatakan hasrat untuk ke Parlimen Langkawi.

"Saya cukup selesa si Sembrong jadi tak perlu saya jawab lebih. Tindakan itu memalukan bagi ahli politik veteran," katanya.

Beliau mengulas cabaran yang dikemukakan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai jawapan balas terhadap cabaran yang dibuat Hishammuddin semalam.

Terdahulu Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pakatan Harapan akan kemungkinan bertanding pada PRU ke-14 dan mencari kawasan sesuai termasuk Pekan sekiranya keadaan memerlukan.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di Pekan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekadar kenyataan bersifat populis sebelum mencabar ahli politik veteran itu bertanding di Parlimen Pekan.

Sebagai jawapan balas, Dr Mahathir kemudian mencabar Hishammuddin untuk bertanding di Parlimen Langkawi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Julai 2017 @ 4:57 PM