Aizat Sharif


TEMPOH reman lelaki yang menikam teman wanitanya di tepi sebatang jalan di Taman Serindit, Jalan Langgar, Alor Setar selepas hubungan cinta mereka diputuskan pada 5 Jun lalu disambung seminggu lagi sehingga 21 Jun.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, tempoh reman suspek yang sepatutnya tamat hari ini disambung bagi membantu siasatan terhadap kes berkenaan.

Suspek berusia 23 tahun itu ditahan sehari selepas kejadian oleh polis yang menerima maklumat mengenai kehadiran lelaki itu di hadapan hotel di Pekan Rabu, Alor Setar.

Pada 5 Jun lalu, mangsa, Hazwani Ismail, 23, parah ditikam empat kali di perut oleh teman lelakinya itu, selain cedera di tangan serta lutut kiri selepas bergelut dengan suspek di kawasan berkenaan.

Mangsa bagaimanapun selamat selepas menjalani pembedahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Jun 2017 @ 2:43 PM