ABDUL Jalil (dua dari kanan) menghidangkan juadah kepada  kakitangan BBSA, semalam.
ABDUL Jalil (dua dari kanan) menghidangkan juadah kepada kakitangan BBSA, semalam.
myMetro

Shah Alam: Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Datuk Abdul Jalil Hamid berbuka puasa bersama kira-kira 150 kakitangan Balai Berita Shah Alam (BBSA) di sini, semalam.

Abdul Jalil turut beramah mesra bersama kakitangan sebelum majlis dimulakan dengan tahlil.

Selesai berbuka, Abdul Jalil bersama kakitangan menunaikan solat Maghrib berjemaah di surau BBSA.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Jun 2017 @ 5:12 AM