JEMAAH yang menyertai solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Muhammad Adib di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, malam ini. Foto BALQIS JAZIMAH ZAHARI
JEMAAH yang menyertai solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Muhammad Adib di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, malam ini. Foto BALQIS JAZIMAH ZAHARI
Balqis Jazimah Zahari


KIRA-KIRA 300 jemaah menyertai solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, selepas solat Isyak, malam ini.

Solat itu diimamkan oleh Imam Utama masjid berkenaan, Syed Mohd Muzaffar Syed Azlan.

Seramai 30 anggota bomba terdiri daripada ketua bahagian, ketua zon, ketua balai dan pegawai kanan di negeri ini diketuai Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Syed Azman Syed Ghazali turut serta.

Solat jenazah ghaib itu disusuli dengan bacaan tahlil.

Lagi berita berkaitan Allahyarham Muhammad Adib

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Disember 2018 @ 9:56 PM