SEBAHAGIAN PATI yang ditahan, semalam.
SEBAHAGIAN PATI yang ditahan, semalam.
Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail

Kuala Lumpur: Persis tin sardin apabila 13 pendatang tanpa izin (PATI) disumbat beramai-ramai ke dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) model Proton Exora oleh seorang ejen penyeludupan manusia warga tempatan.

Unit Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Orang (ATIPSOM) Bukit Aman berkata, suspek utama berusia 31 tahun itu dikesan bergiat aktif sebagai ejen menyeludup masuk pendatang haram menerusi Sungai Golok, Kelantan.

Menurutnya, suspek dipercayai mendapat untung lumayan hasil bayaran kumpulan pendatang haram yang menggunakan khidmatnya.

“Suspek yang dijejaki polis ditahan dalam operasi khas jam 9.30 malam kelmarin di depan sebuah perhentian bas di Tanah Merah, Kelantan.

“Polis turut menyelamatkan 13 etnik Rohingnya membabitkan sembilan lelaki serta empat wanita dalam kenderaan Proton Exora milik suspek,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Mei 2017 @ 4:53 AM