Najib  mengalu-alukan kehadiran perwakilan asing yang hadir pada majlis berbuka puasa  di Seri Perdana, Putrajaya.
Najib mengalu-alukan kehadiran perwakilan asing yang hadir pada majlis berbuka puasa di Seri Perdana, Putrajaya.
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Lebih 2,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana di sini, malam tadi.

Majlis berkenaan turut disertai menteri Kabinet, menteri besar dan ketua menteri, duta, pemimpin kanan kerajaan dan perwakilan asing.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, barisan menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Perdana Menteri dan isteri turut menyampaikan sumbangan kepada lebih 100 anak yatim dari dua buah rumah kebajikan iaitu Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi, Rumah Anak Yatim Al -Fateh, Kajang dan Maahad Tahfiz Az Zean, Sungai Buloh, Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Mei 2017 @ 3:26 AM