myMetro

Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyempurnakan pengagihan 10 tan kurma yang disumbangkan kerajaan Arab Saudi, semalam kepada semua masjid di seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur sempena 1 Ramadan hari ini.

Sumbangan itu terdiri daripada 574 kotak kurma dengan 144 kotak diagihkan kepada masjid dan surau di seluruh Putrajaya, manakala selebihnya kepada masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mei 2017 @ 3:41 AM
Najib  menyampaikan sumbangan kurma kepada wakil masjid dan surau di Putrajaya, semalam.
Najib menyampaikan sumbangan kurma kepada wakil masjid dan surau di Putrajaya, semalam.