SYAIKH Abdul Rahman Ibrahim Al-Robaian dan Dato Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada majlis sumbangan Kurma Hadiah Khaadimul Haramain Al-Syareefain, Penjaga Dua Tanah Suci yang diadakan di Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur. FOTO NSTP

PEJABAT Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur hari ini telah mengadakan majlis sumbangan Kurma Hadiah Khaadimul Haramain Al-Syareefain, Penjaga Dua Tanah Suci di perkarangan pejabat mereka di Jalan U-Thant.

Kedutaan Arab Saudi, Syaikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Robaian juga telah berkesempatan menerima kunjungan hormat dari Sohibussamahah Dato Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan yang turut menerima sumbangan kurma termasuk 450 buah mushaf Al-Quran sempena bulan Ramadhan Al-Mubaarak.

Selain pejabat Mufti Wilayah, kurma-kurma yang dihantar sebanyak 7 tan dari Riyadh ini diagihkan juga kepada Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri, beberapa pejabat mufti dan jabatan hal ehwal agama Islam, universiti-universiti, masjid dan surau, NGO-NGO Islam dan lain-lain.

Program seumpama ini diadakan setiap tahun dengan puluhan ribu kotak kurma dieksport dari Riyadh dan ditanggung kosnya oleh Raja Arab Saudi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mei 2019 @ 6:02 PM