SULTAN Ibrahim menabur bunga di atas pusara Tunku Abdul Jalil. Turut hadir Jamil Khir (dua kiri)  dan Noh (kanan). FOTO Mohd Azren Jamaludin
SULTAN Ibrahim menabur bunga di atas pusara Tunku Abdul Jalil. Turut hadir Jamil Khir (dua kiri) dan Noh (kanan). FOTO Mohd Azren Jamaludin
Oleh Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menziarahi makam anakandanya, Allahyarham Tunku Laksamana, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim pada hari ke-40 kemangkatannya di Makam Diraja Mahmoodiah di sini, 9.30 pagi tadi.

Baginda meluangkan kira-kira setengah jam untuk turut serta dalam majlis tahlil dan bacaan yasin diketuai Timbalan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad bersama 20 yang lain.

Baginda turut menyiramkan air mawar di atas pusara Tunku Abdul Jalil sebelum meninggalkan makam itu.

Turut kelihatan, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha.

Tunku Laksamana, Tungku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, mangkat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) 5 Disember lalu akibat kanser hati yang dihidapi baginda sejak Disember 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 1:15 PM