Ab Rashid
Ab Rashid
Kalidevi Mogan Kumarappa


KETUA Polis Perlis, Datuk Ab Rashid Ab Wahab mendahului senarai lima pegawai yang dinaikkan pangkat dan pertukaran jawatan berkuat kuasa 26 Jun ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datin Asmawati Ahmad berkata, Ab Rashid akan memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Selangor dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Katanya, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Azisman Alias pula akan memegang jawatan Ketua Polis Perlis.

€œKetua Penolong Pengarah (Perancangan dan Pembangunan Dasar Strategik, Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass pula akan menggantikan jawatan Azisman.

“€œKetua Pusat Penyelidikan Sumber dan Kajian Kurikulum, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Siti Mariam Salikin pula akan menggantikan Zaini,”€ katanya dalam kenyataa di Kuala Lumpur, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mei 2017 @ 6:15 PM