Datuk Asmawati Ahmad
Datuk Asmawati Ahmad
Nurul Hidayah Bahaudin


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat 10 pegawai kanannya berkuat kuasa pada 6 April nanti.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf akan memegang jawatan sebagai Setiausaha Polis Malaysia, Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman.

“Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abd Razak Elias dilantik menjadi DCP Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, manakala Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, Datuk Khalil Azlan Chik pula memegang jawatan SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.

“Khalil menggantikan Senior Asisten Komisioner R Munusamy yang akan memegang jawatan Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan, Maktab PDRM, Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan.

Asmawati berkata, Ketua Penolong Pengarah E5, Cawangan Khas, Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Yusni Mohd Jamil dilantik sebagai Juruiring Polis kepada Perdana Menteri.

“Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid ditukarkan sebagai Ketua Pasukan Siasatan Jenayah AMLA Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

“Asisten Komisioner Shukri Mat Akhir daripada Bahagian Istiadat Jabatan Pengurusan Bukit Aman ditukarkan sebagai Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran/Belanjawan) Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman,” katanya.

Beliau berkata, Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan Maktab PDRM Kuala Lumpur Asisten Komisioner Nor Ainin Nuh ditukarkan kepada Penolong Pengarah (Agama) Bahagian Agama dan Kaunseling Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman.

“Superintendan (D14) Tahanan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Superintendan Muhammad Yazid Muhammad Yew ditukarkan sebagai Ketua JSJK Selangor dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

“Timbalan Ketua Polis Daerah (Kepolisan Am) Kuching, Sarawak Superintendan Ismail Mahmood ditukarkan sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Sarawak,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mac 2020 @ 8:41 PM