SUSPEK yang ditangkap. FOTO ihsan pembaca
SUSPEK yang ditangkap. FOTO ihsan pembaca
Faliq Lajim


PENJENAYAH dicekup pemilik rumah kedai ketika memecah masuk premis itu di Jalan Hassan Off Jalan Sungai Udang, Klang kira-kira 4 pagi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan pemilik premis selepas bergelut dalam kejadian itu.

Beliau berkata, suspek bersama tiga rakannya memecah masuk rumah kedai itu namun disedari isteri pemilik premis melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Wanita itu kemudiannya segera memaklumkan kepada suaminya yang ketika itu tiada di rumah.

"Sejurus suaminya pulang berlaku pergelutan sebelum tiga suspek melarikan diri manakala seorang berjaya ditahan," katanya.

Alzafny berkata, suspek diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Polis merampas wang tunai RM70 serta pemotong besi yang digunakan untuk memotongmangga rumah itu.

"Tiga suspek yang masih bebas sudah dikenal pasti dan usaha mengesan mereka giat dijalankan," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah.

FOTO ihsan Pembaca

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mei 2017 @ 1:46 PM