ORANG ramai  menyertai larian sejauh tiga kilometer sempena Hari Sarapan Terbesar MILO di Padang Perbandaran Pasir Gudang, semalam.
ORANG ramai menyertai larian sejauh tiga kilometer sempena Hari Sarapan Terbesar MILO di Padang Perbandaran Pasir Gudang, semalam.
Mary Victoria Dass


Pasir Gudang: Lebih 8,000 pengunjung dari seluruh negeri ini tidak melepaskan peluang memeriahkan Hari Sarapan Terbesar MILO di Padang Perbandaran Pasir Gudang, di sini, semalam.

Pengurus Pemasaran Pengguna, Unit Perniagaan MILO, April Wong berkata, Johor dipilih sebagai destinasi keempat tahun ini bagi penganjuran program berkenaan.

Beliau berkata, program itu bertujuan mendidik masyarakat khususnya ibu bapa berhubung kepentingan bersarapan dan fungsinya dalam memenuhi kehendak tenaga harian yang diperlukan kanak-kanak.

Menurutnya, Program Hari Sarapan Terbesar MILO bermula 2013 lalu antara usaha Nestle dalam meningkatkan kualiti hidup, sekali gus menyumbang masa depan lebih sihat kepada seluruh ahli keluarga rakyat negara ini.

“Inisiatif sebegini secara tidak langsung mendidik keluarga kepentingan sarapan pagi dan bagaimana MILO membantu membekalkan tenaga daripada sarapan sihat dengan lebih efisyen,” katanya menerusi satu kenyataan selepas siri jelajah program itu di sini, semalam.

April berkata, penganjuran program itu inisiatif pihaknya dalam usaha memberi sokongan menerusi perkongsian maklumat dengan masyarakat setempat.

Beliau berkata, ia juga bertujuan memupuk kesedaran melahirkan keluarga sihat menerusi keperluan bersarapan dalam pemakanan harian.

“Satu kajian menunjukkan seorang kanak-kanak menggunakan tenaga sehingga 1,500 kilo kalori (kcal) pada hari sekolah biasa iaitu setara tenaga diperlukan untuk mendaki gunung, berenang 50 pusingan di kolam renang atau berlari separuh maraton.

“Untuk pengetahuan semua, secawan MILO memberikan tenaga berkhasiat yang diperkaya Activ-Go, diperbuat dari protomalt dan campuran mikronutrien seimbang bagi membantu memastikan pengedaran tenaga optimum, sekali gus mengurangkan keletihan serta menyokong fungsi badan,” katanya.

April berkata, program bermula seawal jam 7 pagi itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti antaranya larian sejauh tiga kilometer (km), zumba, mencari harta karun dan persembahan Gendang Muhibah.

Beliau berkata, penganjuran program yang bermula di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 19 Mac lalu, berterusan sehingga Mei ini dengan tiga lokasi terpilih di seluruh negara bagi memenuhi matlamat pengambilan nutrisi kepada rakyat Malaysia.

“Siri jelajah ini diadakan di padang Majlis Perbandaran Kuantan 1, Kuantan, Pahang pada 16 April depan di Universiti Sains Malaysia Kota Bahru, Kelantan (6 Mei) dan Anjung Florida di Putrajaya, 14 Mei,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2017 @ 8:18 AM