Mohd Hilmi Mahmud

Georgetown: Kira-kira 6,000 penduduk di negeri ini berkumpul di Universiti Sains Malaysia (USM) seawal 6 pagi bagi menyertai Hari Sarapan Malaysia bersama Milo di Minden di sini, tadi.

Program Hari Sarapan Malaysia yang dianjurkan Nestle Malaysia Berhad itu diadakan di lokasi pertama di Pulau Pinang dan akan diteruskan di enam lokasi di seluruh negera termasuk Sabah dan Sarawak.

Pengurus Eksekutif Perniagaan Unit Milo, Philomena Tan, berkata program berkenaan bertujuan memberi kesedaran kepada penduduk mengenai kepentingan sarapan dan bersukan.

"Kita cuba mendidik anak-anak supaya bersarapan. Ibu bapa perlu bersarapan bagi mendapatkan tenaga serta melakukan kerja dengan baik.

"Selain larian aktiviti lain termasuk senaman dan cara menyediakan sarapan,” katanya.,

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mac 2017 @ 11:06 AM
Kira-kira 6000 peserta menyertai Larian Hari Sarapan Malaysia sejauh 3 kilometer di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, pagi ini. - Foto SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL
Kira-kira 6000 peserta menyertai Larian Hari Sarapan Malaysia sejauh 3 kilometer di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, pagi ini. - Foto SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL