Adnan  (kiri) melawat projek ternakan ikan sangkar Sungai Pahang di Kampung Langgar, Pekan.
Adnan (kiri) melawat projek ternakan ikan sangkar Sungai Pahang di Kampung Langgar, Pekan.

Kuantan: Jabatan Perikanan Pahang mengenal pasti peningkatan paras air Sungai Pahang akibat hujan menjadi punca utama ikan sangkar mati hingga menyebabkan kerugian besar kepada penternak.

Pengarahnya Datuk Adnan Hussain berkata, apabila paras air sungai meningkat selain berarus deras, air akan menjadi keruh dan kandungan selut bertambah beberapa kali ganda.

Katanya, perubahan suhu air yang berlaku secara mengejut turut mengundang kepada kematian ikan sangkar di daerah itu yang berlaku sejak dua minggu lalu.

“Kebiasaannya, kes seperti itu hanya berlaku di kawasan tertentu saja tidak secara keseluruhan atau sepanjang sungai, bagaimanapun jabatan memandang serius dengan apa yang berlaku.

“Siasatan mendapati kematian ikan patin dan talapia pelbagai saiz disebabkan kadar kekeruhan air Sungai Pahang yang tinggi selain perubahan suhu air,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 11:11 AM