PINTU rahsia untuk menyembunyikan GRO warga asing yang ditemui dalam serbuan Op Cantas di sekitar Ipoh.
PINTU rahsia untuk menyembunyikan GRO warga asing yang ditemui dalam serbuan Op Cantas di sekitar Ipoh.
Muhammad Apendy Issahak

Ipoh: Seramai 67 pengunjung di enam pusat hiburan di bandar raya ini diberkas dalam Op Cantas oleh Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterism (STAGG) Bukit Aman, semalam.

Dalam operasi bermula jam 12.45 malam itu pihak berkuasa turut berjaya menyelamatkan lima wanita warga asing yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.

Pemangku Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman Asisten Komisioner Azman Sapri berkata, tujuan Op Cantas bagi mengesan kegiatan kongsi gelap selain pusat hiburan yang menyediakan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO).

“Pemeriksaan dijalankan terhadap 184 pengunjung dan hasilnya 67 individu membabitkan 17 lelaki dan 50 wanita diberkas atas pelbagai kesalahan termasuk Akta Imigresen dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, selain kesalahan dadah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2016 @ 5:17 AM