MOHAMED Khaled pada Majlis Malam Muafakat Johor 2016, malam tadi.
MOHAMED Khaled pada Majlis Malam Muafakat Johor 2016, malam tadi.

Kuala Lumpur: Bangsa Johor di perantauan yang berjaya dan berkemampuan diseru tampil bersama-sama menabur bakti semula untuk memajukan negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau berharap anak Johor di perantauan jangan sesekali melupakan tanah kelahiran mereka.

Beliau menegaskan negeri itu kini dalam keadaan baik, aman dan sejahtera.

“Saya menyeru bukan sebagai Menteri Besar malah anak Johor kepada anak Johor yang lain, sama-samalah kita bantu membangunkan negeri kita ikut cara dan kemampuan masing-masing.

“Bukan untuk saya atau kerajaan tapi untuk anak bangsa kita,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 April 2016 @ 7:51 AM