Isma Ismail

Kuala Terengganu: Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman menegaskan beliau tidak pernah menandatangani sebarang dokumen berkaitan medan minyak Bertam 307.

Menurutnya, ia bukan milik Terengganu dan tidak ada sebab untuk beliau menandatangani atau mencagarkannya seperti yang didakwa sesetegah pihak.

Menurutnya, Bertam 307 adalah milik Petronas tetapi kerajaan negeri ada memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mendapat prestij berdasarkan kedudukannya berdekatan dengan Terengganu.

"Saya sudah bertemu untuk membuat permohonan itu dengan Perdana Menteri.

"Bagaimanapun, beliau (PM) masih belum beri maklum balas.

"Ia memerlukan masa dan ada prosesnya, sebab itu saya sudah cakap saya bukan 'superman' atau memiliki lampu ajaib dan sama-samalah kita berdoa," katanya selepas merasmikan Hari Koperasi Negara 2016 Peringkat Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2016 @ 6:44 PM