TUANKU Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah yang disambut Najib dan Muhyiddin menerima tabik hormat ketika tiba di Parlimen, semalam.
TUANKU Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah yang disambut Najib dan Muhyiddin menerima tabik hormat ketika tiba di Parlimen, semalam.
Oleh Siti Fatimah Hassan

Kuala Lumpur: Semua rakyat diseru supaya berwaspada dengan propaganda kegiatan militan Negara Islam (IS) dan tidak terpedaya dengan dakyah menyalah guna konsep jihad atas nama agama.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah, rakyat perlu sentiasa mengawasi ahli keluarga masing-masing dan menghayati ajaran agama Islam yang sebenar.

“Beta menyeru rakyat berwaspada dengan propaganda golongan ini dan mengawasi ahli keluarga masing-masing supaya tidak terpedaya dengan dakyah menyalahgunakan konsep jihad atas nama agama. Sama-samalah kita menghayati ajaran agama Islam yang sebenar,” titah baginda pada pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-13, di sini, semalam.

Seri Paduka yang tiba pada jam 10 pagi bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, semalam disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sambil ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut menyambut Seri Paduka berdua ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hadir sama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2015 @ 8:39 AM