ORANG ramai mengunjungi tapak taman tema animasi pertama Asia, Movie Animation Park Studio.
ORANG ramai mengunjungi tapak taman tema animasi pertama Asia, Movie Animation Park Studio.
myMetro

Ipoh: Penebusan tiket terhad Movie Animation Park Studio (MAPS), mendapat maklum balas menggalakkan daripada orang ramai khususnya pembaca setia Harian Metro (HM) di tapak MAPS di Persiaran Meru Raya 3, Ipoh, selama dua hari sempena ‘My Dream Karnival’ di sini.

Karnival yang bermula Sabtu lalu dan berakhir semalam, menyaksikan pelbagai program diadakan di samping pelbagai tawaran promosi pakej harga istimewa kepada pengunjung.

Pegawai Pemasaran NSTP Perak Jesli Hazizol Hashim berkata, orang ramai tidak melepaskan peluang membuat penebusan sebanyak 200 tiket yang disediakan penganjur dengan kerjasama HM sejak kaunter dibuka bermula jam 10 pagi Sabtu lalu.

“Orang ramai mengambil peluang menebus satu pas sehari MAPS dengan mengumpul lima keratan akhbar HM berlainan warna yang diiklankan sejak Isnin minggu lalu.

“Ini adalah sebahagian daripada promosi yang dijalankan pihak MAPS dalam memenuhi impian warga Ipoh terutama peminat animasi tempatan,” katanya ketika ditemui bersama rakan sekerja Muhammad Shahrul Nizar Nasiruddin semalam.

Tinjauan mendapati orang ramai berpusu-pusu mendapatkan pas masuk menerusi promosi penebusan dan jualan di kaunter.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Februari 2016 @ 5:09 AM