INDIVIDU yang cuba menjual tiket perlawanan dengan harga tinggi. FOTO Aslina Abu Bakar.
INDIVIDU yang cuba menjual tiket perlawanan dengan harga tinggi. FOTO Aslina Abu Bakar.
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Dengan memberi upah RM5 kepada beberapa individu untuk beratur di kaunter, ulat tiket mengaut keuntungan mudah apabila menjual tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di antara Terengganu dan Kedah malam tadi dengan harga RM25 hingga RM30 berbanding harga asal RM10.

Tinjauan di sekitar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam mendapati beberapa lelaki dipercayai ulat tiket dilihat menunggu orang ramai yang ingin mendapatkan tiket selepas tengah hari apabila ramai yang kecewa gagal membeli tiket perlawanan di kaunter.

Difahamkan, sebanyak 10,000 tiket perlawanan mula dijual jam 10.15 pagi dan dihadkan kepada tiga keping bagi setiap pembelian itu habis jam 11.30 pagi.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mei 2017 @ 3:51 AM