Oleh Maiamalina Mohamed Amin

Kota Bharu: Hanya doa mampu diutuskan lima anak arwah Rohana Ismail, 54, yang terkorban dalam insiden kren runtuh di Masjidilharam, Makkah supaya bapa mereka terus tabah dan kuat melakukan ibadat haji tanpa ibu mereka di sisi.

“Kami percaya abah semakin kuat di sana dan akan tetap meneruskan ibadat haji dengan penuh tawaduk walaupun tanpa ma (Rohana).

“Itu doa kami supaya dia tabah di sana,” kata Muhamad Hafizan Muhammad Noor, 26.

Dia yang berkerja sebagai pereka set dengan Media Prima Berhad (MDB) berkata, mereka sekeluarga bimbang sekiranya Muhammad Noor Harun, 56, dirundung kesedihan hingga sukar meneruskan ibadat haji.

Katanya, dia ada bertanyakan mengenai keadaan emosi dan kesihatan bapanya ketika menghubunginya kira-kira jam 3.30 petang kelmarin (waktu Malaysia).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2015 @ 9:49 AM