KUMPULAN pelajar yang berpeluang menaiki kereta api secara percuma, semalam.
KUMPULAN pelajar yang berpeluang menaiki kereta api secara percuma, semalam.
Oleh Muhamaad Razis Ismail


Tumpat: Selepas tujuh bulan tidak beroperasi, laluan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Tumpat ke Kemubu, Kuala Krai yang ditutup kerana kerosakan teruk akibat banjir besar sejak Disember lalu mula beroperasi semula, semalam.

Lebih menarik pembukaan laluan sejauh 150 kilometer itu dibuat pada sambutan kemerdekaan negara.

Pengurus Wilayah Timur KTMB Sadun Abdullah berkata, laluan tren dari Tumpat ke Kemubu itu adalah projek fasa ketiga yang siap dibaik pulih pihaknya.

Katanya, sebelum ini fasa pertama membabitkan laluan tren dari Kuala Krai ke Kemubu dan Gua Musang ke Johor Bahru sudah beroperasi sejak Julai lalu.

“Kerja membaik pulih landasan ini dari Tumpat ke Kuala Krai sejak Jun lalu sudah pun siap.

“Sekarang laluan dari Tumpat hingga Kemubu sudah boleh dilalui selepas kita memperoleh kelulusan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),” katanya ketika ditemui di Stesen Kereta Api Tumpat, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2015 @ 8:56 AM