ANTARA GRO yang ditahan semasa Ops Noda bersama STAGG Bukit Aman di sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu. FOTO Ghazali Kori
ANTARA GRO yang ditahan semasa Ops Noda bersama STAGG Bukit Aman di sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu. FOTO Ghazali Kori
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Kuala Lumpur: Seramai sembilan pelayan pelanggan (GRO) ditahan polis Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengterisme (STAGG) dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan Metro, Pudu, di sini, awal pagi tadi.

Serbuan jam 1 pagi itu turut menahan dua ibu ayam dan seorang pengurus premis masing-masing warga tempatan.

Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Khairy Ahrasa berkata, semua yang ditahan berusia dari 25 hingga 31 tahun.

"Kami juga merampas pelbagai dokumen premis itu kerana didapati lesen perniagaan tamat tempoh.

"Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Wangsa Maju," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2015 @ 2:07 PM