ANTARA GRO yang ditahan.
ANTARA GRO yang ditahan.
Oleh Siraj Mohd Zaini


Petaling Jaya: Lima puluh tiga pelayan pelanggan (GRO) termasuk pondan dari Thailand ditahan polis dalam serbuan di premis hiburan di Dataran Mentari, Sungai Way, kira-kira 11.30 malam tadi.

Serbuan terbabit dilakukan oleh 21 anggota dan pegawai Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman dengan dibantu polis Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Menurut Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa pihaknya melakukan risikan selama dua minggu sebelum menyerbu premis terbabit.

Katanya, pihaknya turut menahan 12 orang lelaki dipercayai pekerja dan penjaga premis hiburan berkenaan.

"Antara kesalahan yang dilakukan adalah premis tiada lesen sah, tidak mempunyai lesen menjual minuman keras serta melanggar Seksyen 39b Peraturan Imigresen dan Seksyen 55B Akta Imigresen.

"Polis turut merampas kalungan bunga, wang tunai, botol arak, set karaoke, resit, buku catitan GRO serta lain-lain dokumen berkaitan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2015 @ 2:47 PM