MOHAMED Azmin membahaskan isu penstrukturan Air Selangor di Dewan Undangan Negeri Selangor.
MOHAMED Azmin membahaskan isu penstrukturan Air Selangor di Dewan Undangan Negeri Selangor.
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Shah Alam: Tarif air di negeri ini dijangka meningkat selepas perjanjian utama penstrukturan industri itu dilaksanakan di negeri ini termasuk pengambilalihan syarikat konsesi air.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, perjanjian yang dimuktamadkan kelak pasti menyebabkan kos proses penstrukturan industri air di Selangor meningkat kerana perkhidmatan air yang disediakan berkualiti.

“Kenaikan tarif itu akan difikirkan kerajaan negeri untuk jangka masa panjang susulan daripada jangkaan kos yang akan ditanggung anak syarikat kerajaan negeri, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

“Usaha mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW) ketika ini pada kadar 35 peratus dan ia memerlukan kos besar untuk memastikan perkara ini dapat ditangani,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Kajang) mengenai industri perkhidmatan air di negeri itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2015 @ 7:59 AM