KANG menjahit pakaian pelanggan.
KANG menjahit pakaian pelanggan.
LIN menyiapkan baju Melayu   ditempah pelanggan  di kedai jahitnya.
LIN menyiapkan baju Melayu ditempah pelanggan di kedai jahitnya.
Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

Kuantan: Hasil kerja tangan yang kemas dan bersih selain kepakaran menghasilkan baju Melayu berkualiti menjadikan pasangan tukang jahit berbangsa Tionghua ini popular dalam kalangan penggemar busana Melayu di negeri ini.

Walaupun bukan berbangsa Melayu, namun ia tidak menghalang Lin Keong Seng, 63, dan isterinya, Kang Ngik Hua, 61, mendalami ilmu jahitan baju kurung dan baju Melayu diwarisi daripada mendiang bapanya.

Lin berkata, mendiang bapanya mula membuka kedai jahitan di Jalan Besar, di sini, sejak 1970-an dan dia menyambung legasi itu selepas bapanya meninggal dunia bagi memastikan perniagaan itu terus kukuh.

Katanya, minat terhadap seni jahitan timbul sejak kecil apabila sering melihat bapanya mengambil tempahan jahitan baju dan dia turut didedahkan dengan cara menjahit serta menghasilkan baju yang kemas dan cantik.

“Pada mulanya agak pelik melihat mendiang bapa mengambil tempahan baju Melayu dan baju kurung, namun bapa menjelaskan pakaian berkenaan lebih mudah dihasilkan walaupun mempunyai pelbagai fesyen.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2015 @ 6:08 AM