PERINCIAN jahitan pada leher.
PERINCIAN jahitan pada leher.
Nurul Husna Mahmud

REKAAN pakaian raya selalunya menonjol dengan perincian lebih 'berat' selain pilihan warna terang sehingga membuatkan pemakainya tenggelam dalam persalinan.

Sedangkan kemasan lebih ringkas, potongan sederhana dan perincian minimal sudah memadai menonjolkan pesona individu tatkala beraya.

Itulah kekuatan Koleksi Raya Sirnasin apabila pengasas jenama dan pereka kreatifnya, Shah Kassim melihat hala tuju rekaan tidak hanya fokus kepada pemakaian ketika raya semata-mata.

Tambah beliau lagi, definisi untuk semua rekaan ialah ranggi, bergaya dan sopan menerusi penggunaan fabrik berkualiti premium dengan jahitan bermutu pada harga mampu milik.

"Rekaan koleksi kali ini istimewanya ialah berkonsepkan 'Asiatic Herritage' atau rekaan yang disukai kebanyakan orang Asia seperti baju kurung, baju Melayu dan kurta.

"Koleksi raya kali ini, 70 peratus fokus saya untuk produk lelaki sementara 30 peratus adalah pakaian wanita dengan potongan bersesuaian iaitu ada 'slim fit,' 'loose fit' dan 'regular fit.'

REKAAN baju kurung Kedah unik dengan perincian pada hujung baju. FOTO Ihsan Sinarsin
REKAAN baju kurung Kedah unik dengan perincian pada hujung baju. FOTO Ihsan Sinarsin

GAYA baju kurung ringkas tetapi kemas. FOTO Ihsan Sinarsin
GAYA baju kurung ringkas tetapi kemas. FOTO Ihsan Sinarsin

POTONGAN baju Melayu cekak musang yang diberi nafas baharu siap butang. FOTO Ihsan Sinarsin
POTONGAN baju Melayu cekak musang yang diberi nafas baharu siap butang. FOTO Ihsan Sinarsin

"Kali ini menampilkan fabrik kapas organik yang mana memberikan keselesaan dan tampak kasual. Ia sesuai digayakan untuk majlis keraian, di pejabat, ketika balik kampung mahupun pakaian harian," katanya.

Untuk meraikan kemeriahan raya kali ini, kata Shah, koleksi raya itu tidak lokek berkongsi pilihan warna menarik koleksi baju Melayu, kurta mahupun baju kurung.

"Rasanya untuk koleksi baju Melayu paling meriah kerana ada dua rekaan dikeluarkan dengan 27 pilihan warna. Sementara untuk kurta juga ada perincian istimewa iaitu parsley patches

fabrik unik diletakkan pada bahagian seperti poket atau tangan untuk berikan kelainan.

"Walaupun tampak ringkas, namun apabila 'terletak' di tubuh pemakai masih mampu tonjolkan aura dan penuh karakter," katanya.

Sementara itu bagi wanita pula, baju kurung Pahang dan baju kurung Kedah menjadi rekaan ditonjolkan pada koleksi raya kali ini. Teknik jahitan pada perincian leher dan hujung baju membuatkan ia berbeza dengan rekaan baju kurung yang lain di pasaran.

 PARSLEY patches iaitu tampalan fabrik pada bahagian tertentu. FOTO Ihsan Sinarsin
PARSLEY patches iaitu tampalan fabrik pada bahagian tertentu. FOTO Ihsan Sinarsin

TAMPAK ranggi sesuai digayakan untuk pakaian harian. FOTO Ihsan Sinarsin
TAMPAK ranggi sesuai digayakan untuk pakaian harian. FOTO Ihsan Sinarsin

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mei 2020 @ 6:45 AM