NAZARUDIN menyuap Aminah.
NAZARUDIN menyuap Aminah.

Balik Pulau: Walaupun dirinya berstatus orang kurang upaya (OKU) dan pergerakannya terbatas, situasi itu tidak menjadi halangan buat Nazarudin Md Saat, 43, atau lebih mesra dengan panggilan Ramli menjaga ibunya yang lumpuh akibat diserang angin ahmar lima tahun lalu.

Sebagai anak sulung, Nazarudin yang tidak bekerja merasakan menjadi tanggungjawabnya menjaga ibunya, Aminah Man, 74, yang lumpuh, lebih-lebih lagi tiga adik perempuannya sudah berumah tangga dan memiliki keluarga masing-masing.

“Saya mempunya tiga adik perempuan tinggal berdekatan rumah kami, namun mereka juga hidup susah dan mempunyai tanggungjawab kepada keluarga masing-masing.

“Saya tidak mahu mereka terbeban dengan keadaan ibu menyebabkan saya mengambil keputusan untuk menjaga ibu,” katanya.

Nazarudin berkata, kesihatan ibunya semakin teruk selepas menjalani pembedahan membuang usus pada 2009.

Nazarudin sebelum ini pernah bekerja sebagai kedi di Kelab Golf Bukit Jambul, namun kini tidak dapat bekerja kerana kanser saraf yang dialaminya semakin teruk dan membataskan pergerakannya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2015 @ 7:32 AM