SEBAHAGIAN daripada serpihan bangkai QZ8501 tiba di Pelabuhan Kumai, Pangkalan Bun, malam tadi.
SEBAHAGIAN daripada serpihan bangkai QZ8501 tiba di Pelabuhan Kumai, Pangkalan Bun, malam tadi.

Pangkalan Bun: Tiga serpihan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dihantar ke Pos Perintah Gabungan (Posko) di Lapangan Terbang Iskandar, Pangkalan Bun, semalam.

Memetik laporan portal berita Detik News.com, serpihan berkenaan dihantar Kapal Crest Onyx menerusi Pelabuhan Panglima Umar di Kumai sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Iskandar untuk dikumpulkan bersama beberapa objek lain yang sudah ditemui.

Ketua Keselamatan Terbang dan Kerja Lapangan Terbang Iskandar, Leftenan satu Abas berkata, serpihan itu mengandungi satu deret kerusi yang terdiri daripada tiga kerusi penumpang, rel kabin dan panel topeng oksigen.

Katanya, pegawai yang ditugaskan menjaga serpihan pesawat itu tidak menyimpannya di tempat khusus, sebaliknya mereka hanya memasang kipas angin untuk menghilangkan bau.

Pada masa sama, seramai empat wakil Airbus dihantar untuk mengkaji dan meneliti ketiga-tiga serpihan pesawat yang baru ditemui itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 8:00 AM