SEPULUH mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dipindahkan ke pesawat CN 295 untuk diterbangkan ke Surabaya dari Lapangan Terbang Iskandar, Pangkalan Bun.
SEPULUH mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dipindahkan ke pesawat CN 295 untuk diterbangkan ke Surabaya dari Lapangan Terbang Iskandar, Pangkalan Bun.

Pangkalan Bun: Dua puluh dua mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sehingga petang ini.

Wartawan Harian Metro di sini melaporkan, setakat jam 6.51 petang tadi, semua 12 mayat yang ditemui kapal Amerika Syarikat (AS) USS Sampson sudah dihantar menggunakan helikopter Seahawk ke Lapangan Terbang Iskandar, di sini.

Sepuluh daripadanya pula sudah diterbangkan ke Surabaya menggunakan pesawat CN 295 dari Lapangan Terbang Iskandar, di sini, 6.18 petang tadi.

Sehingga kini empat daripada 22 mayat sudah dikenal pasti identitinya iaitu seorang pramugari, Khairunisa Haidar Fauzi dan tiga penumpang, Hayati Lutfiah, Grayson Herbert Linaksita serta Kevin Alexander Sutjipto.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 January 2015 @ 7:20 PM