ORANG ramai tidak melepaskan peluang bergambar berlatarbelakangkan pesawat Russia, semalam.
ORANG ramai tidak melepaskan peluang bergambar berlatarbelakangkan pesawat Russia, semalam.

Pangkalan Bun: Kehadiran pesawat amfibia milik Russia, BE200CS, di Landasan Udara Iskandar Pangkalan Bun, Kotawaringin Barat, Kalimantan Tengah, semalam, mencuri perhatian orang ramai yang berada di lokasi itu.

Mereka kelihatan ‘berselfie’ dengan latar belakang pesawat itu.

Pesawat itu tiba di Pangkalan Bun jam 3.15 petang waktu tempatan. Pesawat itu mengangkut sejumlah keperluan logistik diperlukan bagi 22 penyelam Russia yang akan bergabung ke dalam misi pencarian penumpang pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang di Selat Karimata sejak 28 Disember lalu.

Pesawat ini memiliki bentuk unik. Bahagian bawah dicat biru memiliki bentuk umpama bahagian bawah sebuah kapal. Sedangkan tubuh pesawat berwarna putih dengan garis warna merah dan biru menggambarkan warna bendera Russia.

Tidak kurang sejam, pesawat itu berada di Lanud Iskandar. Sebelum meninggalkan lokasi, sejumlah orang mulai ‘selfie’ di depannya. Mereka kagum dengan kehadiran pesawat yang memiliki bentuk cukup unik itu.

Selepas menurunkan keperluan logistik, pesawat itu berlepas dari Lanud Iskandar, di sini.
- Kompas.com

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 6:45 AM