Surabaya: Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Polis Jawa Timur sudah mengumpulkan 161 data mayat mangsa untuk pengecaman sebaik ditemui.

Bagaimanapun, hanya satu lagi data yang belum dapat dikumpul sehingga kini iaitu data pembantu juruterbang pesawat berkenaan, Remi Emmanuel Plesel, seorang warga Perancis.

Ketua Bidang Perhubungan Masyarakat Polis Jawa Timur, Awi Setiyono, berkata, belum ada data mayat sebelum kematian milik Remi yang dilaporkan kepada Kedutaan Perancis di Jakarta.

Bagaimanapun, katanya, data itu dipercayai akan diperoleh dalam masa beberapa hari lagi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:26 AM