Surabaya: Pasukan pengecaman mangsa bencana (DVI) mengenal pasti satu lagi identiti mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Selat Karimata berdekatan Pangkalan Bun.

Dengan pengecaman identiti mayat seorang mangsa lelaki itu, sebanyak 25 identiti mangsa nahas sudah dikenalpasti hingga ke hari ini.

Mayat berkenaan adalah milik seorang lelaki warga Indonesia yang menetap di Sidoarjo, Jawa Timur bernama Djoko Suseno berusia 43 tahun.

Penyelaras DVI, Dr Budiyono berkata, mayat yang dilabel B025 itu disahkan berdasarkan kepadanan cap jari mayat dengan data yang dimiliki Sistem Pengecaman Cap Jari Automatik Polis Indonesia (INAFIS).

Berdasarkan data sekunder pula, mayat berkenaan sama padan dengan jantina dan usianya ketika menaiki pesawat.

Dr Budiyono berkata, proses pengecaman mayat Djoko mengambil masa lebih 12 jam dan hasil kerja keras sepanjang malam tadi hanya membolehkan kami membuat pengecaman ke atas satu mayat,” katanya.

Nama: Djoko Suseno

Jantina: Lelaki

Umur : 43 tahun

Warganegara: Indonesia

Tempat asal: Sidoarjo, Jawa Timur

Sumber : kompas.com

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 January 2015 @ 5:00 PM