TEKSI dipercayai digunakan untuk merompak kedai serbaneka 24 jam.
TEKSI dipercayai digunakan untuk merompak kedai serbaneka 24 jam.
Oleh Junaidi Ladjana

Kota Kinabalu: Seorang pemandu teksi ditahan bersekongkol dengan seorang penjenayah yang merompak kedai serbaneka 24 jam di Pusat Komersil Salut Sepanggar, dekat sini,

Dalam kejadian jam 5.10 pagi itu, seorang perompak masuk ke kedai berkenaan dan mengacukan pisau pemotong daging kepada dua pekerja di premis berkenaan sebelum melarikan wang tunai dan sejumlah rokok.

Dia kemudian melarikan diri dengan sebuah teksi jenis Proton Saga lama.

Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerima panggilan berkenaan rompakan itu enam minit kemudian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, bertindak atas maklumat itu, dua minit selepas kemudian, Unit Peronda MPV IPD Kota Kinabalu menahan sebuah teksi di Jalan Sepanggar, Menggatal.

"Teksi berkenaan dipandu lelaki berusia 45 tahun dan pemeriksaan menemui wang tunai RM153," katanya dalam sidang media di IPD Kota Kinabalu, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:01 AM