KUCING adalah haiwan peliharaan kesukaan ramai. - FOTO Pexels
KUCING adalah haiwan peliharaan kesukaan ramai. - FOTO Pexels
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


MEMILIKI haiwan peliharaan bermakna individu itu bertanggungjawab ke atas kebajikan haiwan berkenaan.

Tanggungjawab itu termasuk memastikan haiwan peliharaan sihat, bersih, kemas dan gembira.

Memetik portal MyHealth, ada beberapa perkara yang individu perlu tahu sebelum mempertimbangkan untuk memiliki haiwan peliharaan:

1. Adakah anda mempunyai alahan atau mengidap penyakit asma?

Alergen adalah bahan yang boleh menyebabkan serangan asma tercetus.

Air liur, air kencing, najis, bulu dan dander adalah alergen serta boleh menyebabkan tercetusnya serangan asma.

Dander ialah adalah sisa kulit mati yang melekat pada bulu anjing, kucing, tikus atau mana-mana haiwan mempunyai bulu.

Bulu haiwan juga boleh memerangkap habuk, polen, kutu, kulat dan beberapa alergen lain.

Jika individu sensitif terhadap haiwan ini, mungkin akan merasa gatal hidung dan berair, bersin, mata jadi merah serta berair bila terdedah pada haiwan ini.

Jika menghidap asma, mungkin akan mendapat serangan asma.

Oleh itu, dapatkan nasihat doktor jika sedang mempertimbangkan untuk memiliki haiwan peliharaan.

2. Adakah anda mempunyai masa untuk haiwan peliharaan?

Perhatikan semula jadual harian dan anda mempunyai cukup masa untuk membersih dan memberi makan serta menjaga haiwan berkenaan.

HARUS tahu mempunyai alahan terhadap haiwan peliharaan atau tidak. - FOTO Pexels
HARUS tahu mempunyai alahan terhadap haiwan peliharaan atau tidak. - FOTO Pexels

AMBIL kira kemampuan kewangan untuk memelihara haiwan peliharaan. - FOTO Pexels
AMBIL kira kemampuan kewangan untuk memelihara haiwan peliharaan. - FOTO Pexels

3. Adakah berkemampuan daripada segi kewangan untuk memeliharanya? Berapakah kos bagi menjaga haiwan itu?

Mungkin anda tidak bernasib baik seperti sesetengah orang memiliki haiwan peliharaan yang datang sendiri atau sesat ke rumah mereka.

Anda mungkin perlu membeli haiwan yang diminati. Jadi, anda perlu mengambil kira kos untuk kesihatan dan kebersihan haiwan peliharaan pada tahap mengikut kemampuan.

4. Adakah pengurusan perumahan dan rumah pangsa dihuni membenarkan memelihara haiwan peliharaan?

Sesetengah perumahan tidak membenarkan penghuninya memelihara haiwan peliharaan.

Ini mungkin untuk menjaga kebersihan persekitaran dan mungkin juga untuk menghormati penghuni lain yang mungkin tidak suka atau alah pada haiwan peliharaan .

Jadi dapatkan dahulu maklumat berkenaan peraturan di kawasan perumahan anda.

5. Dapatkan maklumat mencukupi berkenaan haiwan yang ingin dipelihara.

Haiwan peliharaan adalah benda hidup yang mempunyai keperluan sama seperti manusia.

Perlu diberi makan, dibersihkan dan perhatian. Dapatkan maklumat daripada Internet atau kedai haiwan, mengenai keperluan khusus untuk haiwan diminati.

Haiwan peliharaan mungkin memerlukan imunisasi berkala dan diberi ubat cacing.

Sesetengah kucing mungkin menjadi perumah kepada parasit toxoplasma yang boleh menyebabkan individu dijangkiti dengan penyakit toxoplasmosis, jika terdedah kepada najisnya.

Dengan maklumat yang lengkap membuatkan anda akan lebih bersedia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Julai 2023 @ 6:45 AM