ISTERI Alim Jefferi turut membantu memberi makan kura-kura gergasi spesies African Sulcata Tortoise.
ISTERI Alim Jefferi turut membantu memberi makan kura-kura gergasi spesies African Sulcata Tortoise.
SAILFIN Dragon Lizards yang berwajah  seperti Godzilla.
SAILFIN Dragon Lizards yang berwajah seperti Godzilla.
AFRICAN Genet Cat sejenis musang dari africa , jarang ditemui di Malaysia.
AFRICAN Genet Cat sejenis musang dari africa , jarang ditemui di Malaysia.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


"Sebelum membeli haiwan tidak kira jenis peliharaan atau eksotik, kita perlu bersedia memikul tanggungjawab menjaga kebajikannya dengan sebaik mungkin.

"Ini kerana, haiwan juga perlu disayangi dan elakkan ia daripada tertekan atau mati kerana kesilapan kita sendiri," kata Alim Jefferi Abdullah Aziz, 37.

Pemilik sebuah kedai haiwan di Permatang Pauh, Pulau Pinang itu bukanlah asing lagi dalam kalangan peminat haiwan eksotik di utara tanah air.

Alim Jefferi mula berjinak-jinak dengan hobi membela haiwan eksotik sejak 12 tahun lalu.

Kata Alim Jefferi, perasaannya teruja untuk memiliki sendiri haiwan itu apabila melihat ada rakan-rakan yang membelanya.

"Berbanding haiwan peliharaan biasa, spesies eksotik ini sangat unik, jinak dan biasanya jarang dibela.

"Setakat ini, sebanyak 40 spesies haiwan ada dalam peliharaan dan 60 ekor jenis eksotik termasuk burung kakaktua," katanya kepada Harian Metro.

ALIM Jefferi bersama haiwan eksotik yang ada dalam koleksi peliharaannya.
ALIM Jefferi bersama haiwan eksotik yang ada dalam koleksi peliharaannya.

Menurut Alim Jefferi spesies paling jarang ditemui yang dibelanya adalah monyet terkecil di dunia, White Ear Mamorset Monkey.

Katanya, semua haiwan itu dijaga dan disayangi secara sama rata, tiada yang lebih atau kurang.

"Haiwan belaan sudah dianggap sebahagian daripada keluarga dan ia juga adalah terapi terbaik selepas seharian sibuk bekerja.

"Dalam koleksi, ada yang dibela untuk dijual dan ada yang dijadikan sebagai koleksi peribadi.

MONYET kecil antara haiwan liar yang jarang jumpa menjadi kesayangan Alim Jefferi.
MONYET kecil antara haiwan liar yang jarang jumpa menjadi kesayangan Alim Jefferi.

"Haiwan dalam koleksi peribadi itu biasanya juga akan dibawa ke pameran bagi membolehkan orang ramai mengenali mengenai haiwan eksotik itu dengan lebih terperinci," katanya.

Mengulas lanjut, Alim Jefferi berkata, sesetengah haiwan eksotik dan burung kakaktua memerlukan lesen dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN).

Katanya, haiwan yang dijual di kedainya juga akan disertakan bersama lesen yang sah bagi mengelakkan bakal pemilik membela haiwan secara haram atau tersembunyi.

"Ini kerana denda yang dikenakan di bawah Akta 716 juga adalah tinggi dan boleh dipenjarakan, justeru semua peminat haiwan eksotik dinasihatkan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari," katanya.

BELAI seperti keluarga untuk elak mereka hadapi tekanan yang mengundang kematian.
BELAI seperti keluarga untuk elak mereka hadapi tekanan yang mengundang kematian.

Mengulas mengenai aspek penjagaan pula, Alim Jefferi berkata, sebenarnya tidaklah susah mana untuk memelihara haiwan asalkan rajin untuk mencari ilmu mengenainya.

Katanya, sekarang sudah banyak platform untuk mencari maklumat dan menambah ilmu, seperti di laman sosial atau lawan sesawang.

"Selain itu, saya bersyukur kerana memiliki ramai kawan-kawan berkongsi hobi yang sama.

"Ia membolehkan kami saling bertukar ilmu dan pengalaman bagi memantapkan ilmu penjagaan haiwan terutamanya haiwan jenis eksotik," katanya.

ANTARA sayuran dan buah-buahan yang menjadi makanan haiwan peliharaannya.
ANTARA sayuran dan buah-buahan yang menjadi makanan haiwan peliharaannya.

Dia berkata, haiwan peliharaan juga memerlukan memerlukan makanan yang sesuai bagi membolehkannya membesar dengan sihat.

Katanya, haiwan seperti cicak hanya makan selang sehari manakala burung dan spesies mamalia lain perlu diberi makan setiap hari.

"Haiwan seperti ular pula lebih mudah dijaga kerana ia biasanya makan seminggu sekali.

"Secara purata, kos makanan dan ubat-ubatan semua haiwan yang ada menelan belanja antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan," katanya.

SPESIES katak gergasi, African Bull Frog juga dimiliki Alim Jefferi.
SPESIES katak gergasi, African Bull Frog juga dimiliki Alim Jefferi.

Alim Jefferi berkata, semua haiwan kesayangannya itu disimpan di kedai haiwan miliknya dan stor simpanan khas.

Katanya, ilmu pengetahuan dan cara pengendalian yang betul adalah perlu bagi memastikan seseorang itu tidak dicederakan oleh haiwan peliharaan.

"Biasanya, jika kita sudah mengenali haiwan peliharaan dan tabiatnya, ia jarang sekali akan mencederakan tuannya.

"Lainlah jika kita cuai dan ambil mudah, ia mungkin boleh mendatangkan risiko.

SEPASANG anak monyet terkecil dunia.
SEPASANG anak monyet terkecil dunia.

"Sebaiknya dapatkan ilmu terlebih dahulu sebelum membela haiwan kerana ia adalah makhluk Allah yang bernyawa dan memerlukan penjagaan sebaiknya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 April 2022 @ 6:40 AM