MICRON 2300 SSD, Micron 2210 QLC SSD tawar prestasi lebih baik untuk rekaan NVMe.
MICRON 2300 SSD, Micron 2210 QLC SSD tawar prestasi lebih baik untuk rekaan NVMe.
Muhammad Saufi Hassan


ERA storan cakera keras (HDD) sudah sampai ke penghujungnya apabila kebanyakan pengguna hari ini lebih cenderung untuk memilih sistem storan reka bentuk SSD atau

Solid State Drive yang menawarkan prestasi pemindahan data lebih optimum.

Untuk itu, sebuah syarikat yang memainkan peranan paling penting dalam pembangunan sistem storan generasi baharu adalah Micron selaku peneraju inovasi utama dalam pembangunan sistem storan.

Baru-baru ini Micron melancarkan dua sistem storan terkini iaitu Micron 2300 SSD dan Micron 2210 QLC SSD yang menawarkan prestasi lebih baik untuk rekaan NVMe terutama untuk sistem pemprosesan workstation.

Naib Presiden Operasi Back-End Global, Micron Technology, Gursharan Singh berkata, Micron 2300 SSD dengan NVMe menggabungkan kuasa yang diperlukan untuk melakukan pemprosesan aplikasi komputasi berat.

Menurutnya, keupayaan teknologi hari ini juga sesuai dengan peningkatan permintaan daripada pengguna yang lebih cenderung untuk memiliki sistem storan mudah alih dan pada masa sama, Micron 2210 QLC dengan NVMe dapat merapatkan jurang antara sistem storan HDD kos rendah dengan keupayaan prestasi dan kaedah keselamatan SSD.

"Pada April lalu, Micron juga sudah melancarkan kerjasama dengan Motorola di mana produk jimat tenaga DDR5 (LPDDR5) DRAM berintegrasi dengan peranti pintar baharu Motorola yang menawarkan pengalaman lebih baik untuk jaringan 5G.

"Memori DRP Micron LPDDR5 menyokong banyak faedah khususnya meningkatkan jalur lebar lebih daripada 50 peratus serta mempercepatkan prestasi telefon pintar generasi seterusnya.

"Berdasarkan perbandingan semasa, teknologi Micron LPDDR5 menawarkan 20 peratus lebih kecekapan tenaga berbanding LPDDR4 dan nod 1y nanometer kapasiti 12GB serta kelajuan data 6.4Gbps yang meningkatkan secara keseluruhan keupayaan DRAM," katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama #ITMetro, baru-baru ini.

Menyentuh aspek variasi produk, Gursharan berkata, Micron menawarkan pelbagai portfolio memori dan teknologi storan seperti DRAM, NAND, NOR dan 3D Xpoint.

"Untuk segmen memori, Micron menawarkan barisan produk termasuk DRAM, modul DRAM, NAND Flash, pengurusan NAND seperti MMC serta UFS, NOR Flash, pakej pelbagai cip dan memori grafik.

"Bagi teknologi storan pula, kita menawarkan kad memori dan SSD termasuk klien SSD, PCIe NVMe SSD enterprise dan kad microSD industri. Semua ini adalah barisan produk yang ditawarkan dan Micron adalah peneraju untuk setiap segmen berkenaan," katanya.

Beliau berkata, Micron Malaysia memainkan peranan penting untuk kaedah pemasangan dan pengujian keperluan industri.

"Kita mempunyai pusat pengujian bertaraf dunia di Batu Kawan, Pulau Pinang dan fasiliti ini bertindak sebagai pusat pemasangan SSD dan Pusat Pengujian Kecemerlangan yang pastinya akan meningkatkan keupayaan untuk menawarkan teknologi SSD kepada pengguna," katanya.

Micron juga menyatakan bahawa pihaknya turut merancang untuk melakukan pelab

uran berjumlah RM1.5 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang dan prihatin dengan keperluan semasa,

Micron Technology mengumumkan sumbangan RM2.6 juta untuk membantu komuniti di negara ini yang terjejas akibar penularan pandermik Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2020 @ 6:37 AM