Muhammad Saufi Hassan


MSI memperkenalkan laptop edisi terhad mereka iaitu GE66 Dragonshield yang diletakkan dalam kelas permainan.

Laptop berkenaan menggunakan pemproses Intel Core i9 Generasi ke-10 dengan padanan memori (RAM) 32GB rekaan DDR4 bersama frekuensi 3200Mhz.

Skrin laptop berkenaan berkeluasan 15.6 inci Definisi Penuh (FHD) beresolusi 1920 x 1080 dan skrin segar semula 240Hz.

Kad grafik untuk laptop GE66 Dragonshield edisi Star Wars ini menggunakan padanan Nvidia GeForce RTX 2070 Super manakala sistem storan kapasiti 1TB PCIe NVMe SSD.

Tanda harga untuk laptop edisi terhad ini adalah RM13,499 dan pengguna boleh membuat pra tempahan atau mengunjungi mana-mana kedai rasmi MSI.

Spesifikasi GE66 Dragonshield

Pemproses: Intel Core i9-10980HK

RAM: 32GB DDR4 3200Mhz

Storan: 1TB PCIe NVMe SSD

Kad grafik: Nvidia GeForce RTX 2070 Super

Skrin: 15.6 inci FHD

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2020 @ 3:22 PM