Microfost 'Edge Chromium'.
Microfost 'Edge Chromium'.
Muhammad Saufi Hassan


MICROSOFT hari ini melancarkan pelayan terbaru keluarannya dan dipercayai ia akan menggantikan pelayar Microsoft Edge apabila perisian berkenaan sudah sempurna sepenuhnya.

Pelayar terbaharu berkenaan dikenali sebagai Edge Chromium dan ia boleh dimuat turun menerusi dua sistem operasi utama iaitu Windows dan MacOS.

Microsoft menyatakan bahawa pelayar berkenaan sudah stabil dan pengguna boleh memuat turun pelayar baru berkenaan dengan membuat carian 'Edge Chromium'.

Pada tahun lalu, syarikat berkenaan mensasarkan bahawa pelayar berkenaan untuk pengguna dalam segmen perniagaan namun kini, ia boleh diakses oleh sesiapa saja yang mahukan pengalaman baru pelayar.

Beberapa bulan akan datang, Microsoft berhasrat untuk memulakan kemaskini bagi Windows 10 sekali gus memasukkan pelayar baru ini dalam sistem komputer pengguna secara automatik.

Syarikat berkenaan menjangkakan bahawa semua naik taraf dilaksanakan sepenuhnya pada musim panas iaitu pertengahan tahun ini.

Walaupun pelayar itu sudah dilancarkan, namun ia masih tidak dilengkapi dengan beberapa ciri khusus dan Microsoft berjanji bahawa semua ciri berkenaan akan dapat dinikmati oleh pengguna beberapa bulan lagi.

Berdasarkan pandang pertama, pelayar baru Microsoft berkenaan sangat mirip dengan Google Chrome dan turut menyokong sambungan Chrome dan ia tidak memberi masalah kepada pengguna untuk membiasakan diri dengan pelayar berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 January 2020 @ 12:22 PM