POKEMON kembali dengan pengumuman Pokemon Sword dan Pokemon Shield. FOTO The Pokemon Company
POKEMON kembali dengan pengumuman Pokemon Sword dan Pokemon Shield. FOTO The Pokemon Company
Muhammad Saufi Hassan


PERMAINAN Pokemon yang pernah mencipta fenomena dua tahun lalu menerusi siri Pokemon:Go dengan jumlah satu bilion pemain dan kini pembangun permainan itu kembali untuk membawa fenomena baru dengan pengumuman Pokemon Sword dan Pokemon Shield.

Siri permainan Pokemon Sword dan Shield adalah generasi kelapan permainan berkenaan dan bakal dilancarkan hujung tahun ini.

Bagaimanapun, masih tidak jelas siri permainan itu akan muncul dalam semua platform atau hanya permainan eksklusif bagi Nintendo.

Pembangun permainan Pokemon Sword dan Shield masih berteka teki sama ada siri itu akan diterbitkan dalam semua bentuk namun apa yang pasti, permainan itu menampilkan beberapa pembaharuan.

Antara pembaharuan yang dilaksanakan adalah sejumlah pokemon baru dan mungkin akan menampilkan watak baru.

Siri itu juga mungkin menggunakan konsep interaktif seperti Pokemon:Go yang pernah mencipta fenomena luar biasa di seluruh dunia.

Bagi peminat Pokemon, pastinya banyak pengumuman akan dilakukan dalam masa terdekat dan mengharapkan bahawa siri itu diterbitkan dalam semua platform.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2019 @ 2:55 PM