PEMAIN akan menggunakan watak seorang shinobi.
PEMAIN akan menggunakan watak seorang shinobi.
Muhammad Saufi Hassan

PERMAINAN bergenre Sword Slingers kebiasaannya agak membosankan kerana jalan cerita yang boleh diramal selain aksi karakter yang terhad kerana hanya menggunakan beberapa aksi.

Namun itu hanya tinggal persepsi jika menyebut judul permainan terbaharu iaitu Sekiro: Shadows Die Twice.

Pembangun permainan ini, FromSoftware seakan-akan tahu masalah yang dihadapi dalam kebanyakan permainan bergenre ini.

Permainan ini jarang untuk diminati penggemar sukan elektronik kerana agak sukar jika bermain dalam tahap kesukaran (hard) dan terlalu senang jika bermain menerusi tahap mudah (easy).

Judul Sekiro: Shadows Die Twice ini sudah diperkatakan sejak setahun lalu kerana ia menjanjikan pengalaman berbeza kepada pemain dan nyata tidak sama dengan permainan lain yang menampilkan konsep ini.

PERMAINAN Sekiro: Shadows Die Twice menarik perhatian penggemar sukan elektronik.
PERMAINAN Sekiro: Shadows Die Twice menarik perhatian penggemar sukan elektronik.

Ia ternyata benar apabila penulis bermain lebih 120 minit namun masih bergelut untuk memahami butang kombinasi aksi terutama ketika berlawan dengan musuh bertaraf stage boss.

Selain itu, pembangun permainan ini bijak memadankan aksi dengan latar belakang permainan yang begitu mempesonakan termasuk kehalusan grafik.

Menyentuh aspek jalan cerita permainan itu, ia berlatarbelakangkan konflik fantasi ketika era Sengoku Jepun. Pemain akan hidup dalam satu karakter ketika konflik pertelagahan antara dua puak utama iaitu Ashina dan Hirata.

Pemain akan memakai karakter shinobi dikenali ‘Sekiro’ yang bertanggungjawab untuk melindungi tuannya. Jika permainan ini dikelaskan dalam kategori Role Playing Game (RPG), namun bagi penulis ia lebih kepada genre aksi dan pemain perlu mempelajari teknik tempur baru yang boleh dibuka menerusi pokok naik taraf (tree skill).

Penggemar permainan samurai yang memakai senjata utama katana. Ini adalah judul permainan yang sangat bersesuaian kerana pertempuran yang membabitkan aksi ganas.

GRAFIK permainan ini sangat mengagumkan.
GRAFIK permainan ini sangat mengagumkan.

Pemain juga boleh menyerang musuh menggunakan pelbagai kombo bermula serangan khas pedang, penggunaan gajet persenjataan era kuno dan mempelajari teknik shinobi.

Sepanjang permainan, pemain boleh mempelajari teknik serangan baru dan setiap teknik itu mempunyai kelebihan tersendiri bergantung kepada pendekatan permainan yang digemari.

Pembangun judul ini boleh dikatakan sebagai berjaya untuk menghidupkan genre Sword Slingers yang sebelum in agak membosankan.

Penceritaan dan plot setiap babak permainan juga baik dijalinkan manakala pemain boleh memahaminya dengan mudah sepanjang bermain.

TEKNIK pertempuran boleh dibuka menerusi Tree Skills.
TEKNIK pertempuran boleh dibuka menerusi Tree Skills.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 April 2019 @ 12:44 PM