The Division 2 akan dilancarkan pertengahan Mac.
The Division 2 akan dilancarkan pertengahan Mac.
Muhammad Saufi Hassan

JUDUL permainan Tom Clancy’s The Division 2, Devil May Cry 5 dan Sekiro: Shadows Die Twice antara judul permainan yang akan menggegarkan peminat Mac ini.

Ketiga-tiga permainan itu akan dilancarkan Mac depan dan selain tiga judul itu, terdapat lebih lima permainan baru akan dilancarkan sepanjang bulan berkenaan.

Kebiasaannya, Mac setiap tahun bakal menjadi bulan yang agak ‘sepi’ dengan pengeluaran permainan baru dan situasi sama hampir berlaku tahun ini.

Namun, kebanyakan peminat sukan elektronik akan memberi fokus kepada Persidangan Pembangun Permainan (GDC) 2019 yang turut berlangsung pertengahan Mac dan ia adalah platform terbaik untuk semua pembangun mengumumkan strategi baru mereka.

IT@Metro minggu ini menyenaraikan beberapa judul permainan yang dijangka bakal menjadi fenomena dan sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat sukan elektronik sepanjang bulan depan.

1. Tom Clancy’s The Division 2 (PS4, Xbox One, PC) - Dilancarkan 15 Mac

Ini judul permainan yang dinantikan tahun ini apabila pemajunya, Massive Entertainment menggunakan konsep agak berbeza namun masih mengekalkan mekanik utama permainan iaitu dunia terbuka.

Pastinya, tumpuan akan diberikan kepada jalan cerita siri terbaru The Division 2 termasuk kesan grafik permainan itu sesuai dengan perkembangan kad grafik terkini.

Permainan ini dilancarkan untuk semua platform iaitu PC, konsol Playstation 4 milik Sony dan XBOX milik Microsoft.

Pembangun permainan itu juga melancarkan akses terhad pertengahan Februari lalu iaitu ‘Private Beta Access’ dan rata-rata pemain memberikan komen positif.

Ia adalah satu kejayaan awal Massive Entertainment kerana mendapat pujian daripada peminat dan masih tertunggu-tunggu versi penuh permainan itu.

2. Devil May Cry 5 (PS4, Xbox One, PC) - 8 Mac

Siri permainan pertempuran dengan Syaitan iaitu Devil May Cry tidak perlu dipertikaikan lagi berdasarkan kejayaan judul permainan berkenaan menerusi siri terdahulu.

Pembangun permainan ini, Capcom dijangka akan memperkenalkan beberapa mekanik baharu termasuk karektor baru untuk memberikan landskap permainan yang berbeza dengan siri terdahulu.

Permainan Devil May Cry (DMC) sebelum ini menampilkan konsep ‘Sword and Gun Slinger’ dan ia bakal diteruskan pada siri terbaru yang akan dilancarkan 8 Mac ini.

Judul terbaru ini juga akan akan dilancarkan menerusi kesemua platform.

KONSEP sama ditampilkan dalam judul Devil May Cry 5.
KONSEP sama ditampilkan dalam judul Devil May Cry 5.

3. Sekiro: Shadows Die Twice (PS4, Xbox One, PC) - 22 Mac

Menggunakan konsep aksi pengembaraan, Sekiro: Shadows Die Twice antara judul yang menjanjikan pengalaman berbeza kepada pemain di samping kualiti permainan yang terbaik.

Permainan itu dibangunkan oleh FromSoftware dan diterbitkan gergasi pengeluar permainan iaitu Activision dan dijangka versi penuh akan dilancarkan 22 Mac ini.

Latar permainan ini menonjolkan era Sengoku Jepun dan berlaku konflik antara pemain bernama Sekiro yang juga seorang Shinobi.

Sekiro mahu membalas dendam terhadap samurai yang menyerangnya dan menculik ketuanya dan perkembangan plot permainan itu akan berlaku berteraskan konflik berkenaan.

Judul permainan ini akan menggunakan ketiga-tiga platform utama dan Steam akan menjadi penjual rasmi judul berkenaan.

DENDAM seorang Shinobi akan menjadi teras perkembangan plot dalam permainan Sekiro: Shadows Die Twice.
DENDAM seorang Shinobi akan menjadi teras perkembangan plot dalam permainan Sekiro: Shadows Die Twice.

4. Dead or Alive 6 (PC, PS4, Xbox One) - 1 Mac

Siri permainan pertarungan, Dead or Alive 6 (DOA 6) adalah judul permainan yang bakal membuka tirai Mac ini dan ia adalah siri keenam judul berkenaan sejak ia dilancarkan pada 1996.

Bagi peminat permainan pertarungan, DOA 6 antara permainan yang dinantikan kerana ia mungkin mirip kepada sebuah lagi judul permainan pertarungan iaitu Tekken 6.

Pemain boleh memilih karektor dalam permainan ini dan setiap karektor mempunyai kemahiran seni bela diri tersendiri termasuk kemahiran unik mereka.

Walaupun permainan ini sudah lebih sedekad sejak siri pertama

namun ia masih relevan dan mempunyai peminatnya sendiri

di seluruh dunia.

SIRI permainan pertarungan untuk Dead or Alive.
SIRI permainan pertarungan untuk Dead or Alive.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Februari 2019 @ 11:43 AM