FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Bernama-Anadolu

Istanbul: YouTube memutuskan untuk menukar dasarnya berhubung video tertentu yang menampilkan senjata api bagi menghalang akses pengguna bawah umur kepada kandungan yang berpotensi berbahaya.

Agensi Anadolu melaporkan platform video dalam talian itu berkata dalam satu kenyataan bahawa video yang menunjukkan cara mengeluarkan peranti keselamatan senjata api, senjata api buatan sendiri, senjata automatik dan aksesori tertentu akan diharamkan kepada pengguna bawah 18 tahun.

Platform itu berkata bahawa strim langsung yang menunjukkan orang memegang, mengendalikan atau mengangkut senjata api, tidak kira sama ada mereka menembaknya, akan dilarang, dengan menyatakan bahawa definisi ini tidak termasuk kandungan permainan video.

Ia berkata bahawa perubahan ini akan berkuat kuasa pada 18 Jun dan menyeru pencipta kandungan dan pengguna untuk memberi perhatian kepada perkara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Jun 2024 @ 5:07 PM