FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Oleh Muhammad Saufi Hassan


Platform media sosial dengan video pendek, TikTok memfailkan saman di Montana, iaitu sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS) atas alasan undang-undang baharu di negeri itu sebagai tidak berperlembagaan.

  Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Chew menyatakan bahawa larangan itu 'hanya tidak berperlembagaan' ketika menghadiri Forum Ekonomi Qatar di Doha, awal minggu ini.

  Tuntutan itu difailkan di Montana dengan mendakwa larangan negara itu melanggar hak syarikat milik China dan penggunanya.

  Minggu lalu, lima pengguna TikTok dan pencipta kandungan turut memfailkan tuntutan mahkamah di mahkamah persekutuan untuk menghalang undang-undang baharu Montana, yang akan berkuat kuasa 1 Januari.

  Sebelum ini, terdapat dakwaan daripada negara barat bahawa syarikat pengendali laman sosial berkenaan digunakan oleh pihak tertentu sebagai elemen perisikan.

  Beberapa bulan lalu, platform media sosial berkenaan berdepan tekanan apabila pihak kerajaan AS mengeluarkan memorandum mengarahkan aplikasi berkenaan dibuang daripada sistem mahupun peranti.

  Arahan itu dikeluarkan oleh Rumah Putih, awal minggu ini dengan mengarahkan semua agensi untuk memastikan aplikasi berpangkalan di China berkenaan dibuang sepenuhnya.

  Ia turut membabitkan daripada peranti keluaran agensi kerajaan termasuk peranti peribadi pekerja dan ia dibuat berikutan kebimbangan aplikasi berkenaan digunakan untuk tujuan pengintipan.

  Berdasarkan satu laporan portal antarabangsa menyatakan bahawa tindakan itu diambil kerana kebimbangan aplikasi berkenaan dijadikan platform untuk tujuan lain.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mei 2023 @ 2:24 PM