PERDANA Menteri Sepanyol Pedro Sanchez. FOTO AFP.
PERDANA Menteri Sepanyol Pedro Sanchez. FOTO AFP.
Agensi

Gaza: Sepanyol bersama pemimpin Ireland, Malta dan Slovenia bersetuju untuk mengambil langkah pertama ke arah mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez pada Jumaat selepas sidang kemuncak Majlis Eropah di Brussels.

Memetik laporan agensi berita WAFA, Sanchez berkata, beliau menjangkakan pengiktirafan itu akan berlaku dalam tempah empat tahun proses perundangan yang sudah bermula tahun lalu.

Menurutnya, persetujuan itu dicapai selepas bertemu rakan sejawatnya dari Ireland, Malta dan Slovenia pada pagi Jumaat.

"Kami bersetuju bahawa satu-satunya cara untuk mencapai keamanan dan kestabilan yang berkekalan di rantau itu adalah melalui penyelesaian dua negara, dengan Israel dan Palestin hidup bersebelahan dengan aman dan selamat," kata kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Ireland selepas mesyuarat itu.

Negara-negara Arab dan Kesatuan Eropah bersetuju dalam mesyuarat di Sepanyol, November tahun lalu bahawa penyelesaian dua negara adalah jawapan kepada konflik Palestin-Israel.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mac 2024 @ 1:27 PM