Kapal Tentera AS General Frank S. Besson (LSV-1). FOTO AS CENTCOM via X/Handout via REUTERS

Bernama-Sputnik

Moscow: Amerika Syarikat (AS) menghantar kapal pertama dengan peralatan untuk menubuhkan koridor maritim bagi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, kata Komando Pusat AS (CENTCOM) pada Ahad, lapor Sputnik. 

Menerusi hantaran di X, CENTCOM berkata Kapal Tentera AS General Frank S. Besson (LSV-1) berlepas dari Pangkalan Bersama Langley-Eustis menuju keMediterranean Timur kurang 36 jam selepas Presiden Joe Biden mengumumkan AS akan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui jalan laut.

"Besson, sebuah kapal sokongan logistik membawa peralatan pertama untuk membina pelabuhan sementara untuk menghantar bekalan kemanusiaan penting," menurut hantaran itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mac 2024 @ 3:24 PM