SUASANA prosiding dalam ICJ. FOTO  AFP
SUASANA prosiding dalam ICJ. FOTO AFP
Bernama-Dpa

Amsterdam: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague dijangka membuat keputusan awal mengenai bidang kuasa untuk prosiding kes yang difailkan oleh Ukraine terhadap Rusia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ukraine menyaman Rusia susulan tindakan negara ini melancarkan operasi ketenteraan pada tahun 2022.

Kyiv menuduh Moscow menyalahgunakan Konvensyen Genosid.

Rusia pada awalnya dikatakan mewajarkan pencerobohan itu dan menyifatkan pembunuhan beramai-ramai terhadap Rusia di Ukraine perlu dicegah.

Ukraine pula menganggap tuduhan itu sebagai palsu dan melanggar konvensyen.

Rusia dengan tegas menolak tuduhan itu dan meminta agar kes berkenaan ditolak.

Tindakan Ukraine mengemukakan kes itu menerima sokongan oleh 32 sekutu Barat.

Bagaimanapun pada Rabu, mahkamah yang sama menolak satu lagi kes yang dikemukakan oleh Ukraine terhadap Rusia pada 2017 dan membebaskan Rusia daripada tuduhan membiayai keganasan di timur Ukraine.

Keputusan ICJ adalah mengikat tetapi mahkamah tidak mempunyai kaedah untuk menguatkuasakannya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Februari 2024 @ 3:35 PM