BANGKAI pesawat MH17 di kampung Hrabove di wilayah Donetsk timur Ukraine. FOTO Reuters
BANGKAI pesawat MH17 di kampung Hrabove di wilayah Donetsk timur Ukraine. FOTO Reuters
Reuters

The Hague: Hakim di Mahkamah Dunia akan mengumumkan penghakiman pada Rabu ini, dalam kes yang mana Ukraine menuduh Rusia melanggar perjanjian antikeganasan dengan membiayai tentera pro-Rusia, termasuk tentera yang menembak jatuh jet penumpang, dan diskriminasi.

Dalam kes di hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), yang dimulakan pada 2017 dan sebelum pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 2022, Kyiv berkata, Rusia melengkapkan dan membiayai pasukan pro-Rusia di timur Ukraine.

Ia termasuk tentera yang terbabit dalam menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 yang membunuh kesemua 298 penumpang dan anak kapal, pada Julai 2014.

Ukraine juga mengatakan Rusia melanggar perjanjian antidiskriminasi PBB dengan cuba memadamkan budaya etnik Tatar dan Ukraine di Crimea, yang diilhak oleh Rusia daripada Ukraine pada 2014.

Rusia menafikan pencabulan hak asasi manusia yang sistematik di wilayah Ukraine yang didudukinya. Ia juga mengatakan sudah memenuhi kewajipannya di bawah perjanjian PBB menentang pembiayaan keganasan.

Penghakiman ICJ, juga dikenali sebagai Mahkamah Dunia, adalah muktamad dan tanpa rayuan tetapi mahkamah tidak mempunyai cara untuk menguatkuasakan keputusannya.

Terdapat kes berasingan Ukraine terhadap Rusia di ICJ berhubung dakwaan Moscow mencabuli Konvensyen Genosid 1948,

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 January 2024 @ 9:44 AM