GAMBAR fail menunjukkan kejatuhan nilai mata wang kripto Luna. FOTO Yonhap via AP).
GAMBAR fail menunjukkan kejatuhan nilai mata wang kripto Luna. FOTO Yonhap via AP).
Bernama-Hina

Zagreb: Warga Korea Selatan yang disyaki seorang daripada pelarian paling dikehendaki dan pengasas mata wang kripto, Terra ditahan pada Khamis, lapor Menteri Dalam Negeri Montenegro Filip Adžić.

Do Kwon, 32, yang juga bekas 'raja mata wang kripto' dipercayai bertanggungjawab atas kerugian lebih AS$40 bilion (RM182.3 bilion), kata menteri menerusi ciapan di akaun Twitternya.

Katanya, pengesahan rasmi identiti sedang dilakukan.

Menurut Adžić, Do ditangkap di lapangan terbang Podgorica dengan dokumen palsu.

Dia dikehendaki di Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Singapura.

Pendakwa raya Korea Selatan percaya Do Kwon bertanggungjawab atas kejatuhan AS$40 bilion dua mata wang, terraUSD dan Luna, yang mana ramai pelabur memperoleh keuntungan berjuta-juta pada akhir Mei 2021.

Pada Mei tahun itu, kedua-dua mata wang ini menjunam dan nilainya jatuh kepada sifar.

Interpol mengeluarkan waran tangkap untuk Do pada September lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mac 2023 @ 3:59 PM